Waqaf Quran & Kerusi di Mekah
Pertubuhan TMG Care adalah pertubuhan yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dengan memberi bantuan dana makanan kepada orang ramai. Pertubuhan ini sangat aktif memberi bantuan gelandangan, asnaf dan kepada mangsa bencana alam.
Bermula 2021, pertubuhan sudah mula melebarkan sayap ke Mekah al-mukarramah dengan menyediakan peluang menyumbang makanan kepada golongan yang memerlukan disana. Pertubuhan juga mengadakan program wakaf alquran dan kerusi yang akan diletakkan didalam masjidilharam. Sudah lebih 1000 naskah alquran, kerusi dan 650 set makanan berjaya diedarkan di masjidilharam.
Firman Allah SWT:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Surah al-Baqarah: 261)
Perkembangan edaran akan dibuat melalui:
Facebook: https://www.facebook.com/tmgcare
https://www.facebook.com/amirulhalalmart
Instagram : https://instagram.com/pengurusan_wakaf
MARI SAMA-SAMA KITA REBUT GANJARAN PAHALA
DENGAN BERWAKAF DI TANAH SUCI.